Sunday, August 22, 2010

1) Gigih Beribadah Di Siang Hari Pada Bulan Ramadhan.

Imam As-Syafie menuntut supaya bersungguh-sungguh beribadah di siang hari pada bulan Ramadhan sepertimana beribadah pada waktu malam.

2) Tidak Banyak Tidur Di Siang Hari & Tidak Banyak Makan Ketika Berbuka Puasa.

Imam Al-Ghazali berpesan di dalam kitabnya supaya mengurangkan tidur di siang hari pada bulan Ramadhan dan tidak banyak makan ketika berbuka puasa. Banyak tidur dan banyak makan menyebabkan hati merasa lemah dan sukar untuk bertahajjud dan berwirid pada waktu malam.

3) Melewatkan Makan Malam Hingga Ke Sahur.

Rasulullah apabila tiba sepuluh terakhir bulan Ramadhan, baginda menjadikan makan malam sebagai sahur iaitu baginda makan malamnya di waktu sahur.

4) Mandi Di Antara Solat Maghrib & Isyak.

Sayyidatina Aisyah meriwayatkan : Rasulullah apabila berada di bulan Ramadhan baginda bangun melakukan ibadat dan tidur. Apabila memasuki sepuluh malam terakhir baginda memperkemaskan kain sarungnya, tidak menggauli isteri-isteri, mandi di antara Maghrib dan Isyak dan menjadikan makan malam sebagai sahur.

(Hadis riwayat Ibnu Abi A’sim)

5) Beriktikaf.

Sayyidatina Aisyah meriwayatkan : Adalah Rasulullah beriktikaf pada sepuluh malam terakhir di bulan Ramadhan sehingga Allah Azza Wajalla mewafatkan baginda…(Hadis riwayat Bukhari & Muslim)

6) Solat Fardhu Subuh, Maghrib & Isyak Secara Berjamaah.

Imam Syafie telah berkata : Sesiapa yang menunaikan solat Isyak dan Subuh secara berjamaah pada malam Lailatul Qadar maka dia telah memperolehinya.

Anas b. Malik meriwayatkan bahawa Rasulullah telah bersabda : Sesiapa yang bersembahyang Maghrib dan Isyak secara berjamaah sehingga selesai bulan Ramadhan maka sesungguhnya dia memperolehi Lailatul Qadar dengan pasti.

( Hadis riwayat Al-Baihaqi)

7) Qiamullail.

Sayyidina Ubadah meriwayatkan bahawa Rasulullah telah bersabda : Sesiapa yang beribadah kerana mencari Lailatul Qadar kemudian memperolehinya maka diampunkan dosa-dosanya yang lalu dan yang akan datang.

(Hadis riwayat Imam Ahmad)

8) Berdoa Di Malam Lailatul Qadar.

Rasulullah sentiasa memperbanyakkan bacaan doa ketika di dalam bulan Ramadhan terutamanya sepuluh malam terakhir.

9) Membangunkan Ahli Keluarga Untuk Bersolat & Beribadat

Sayyidina Ali meriwayatkan bahawa : Rasulullah membangunkan keluarganya pada sepuluh terakhir Ramadhan, kecil dan dewasa yang boleh bersembahyang. (Hadis riwayat Imam At-Tabrani)

10) Memelihara Amalan & Diri

Sewajarnya sesiapa yang mengimpikan untuk memperolehi anugerah Lailatul Qadar hendaklah:

a) Menunaikan solat secara berjamaah

b) Memelihara mata, kemaluan, lidah dan tangan dari kemaksiatan.

c) Bersegera ke masjid pada hari Jumaat