Topik yang dibincangkan disini adalah topik asas yang wajib diketahui. Biasanya soalan akan berbunyi spt ini ” Dibawah Akta Arkitek 1967, apakah yang dimaksudkan dengan Hak, Obligasi dan Tanggungjawab “. Anda harus menjawab dgn jawapan yang sepatutnya dah ada dihujung jari. Jika masih terkial kia menggaru kepala, see you next year bro..

Apabila menjawab, kaitkan dengan semua akta yang ada dan elaborate. Sbg makluman, anda semua akan dibekalkan dengan pelbagai buku akta didalam dewan peperiksaan. Jadi jangan jadi terlalu pandai nak hafal semua akta ( nak jadi lawyer ke? ). Anda hanya perlu tahu dimana klausa klausa yang relevant untuk dinyatakan dikertas jawapan anda. PENTING. Jika anda tulis berjela jela tetapi tidak menyatakan sumber atau klausa yg berkaitan dari akta mana, you will get 0. Dapat result nanti anda kata ” aku tulis sampai habis ink, tapi kantul jugak.. kenapa?” Inilah sebabnya..

HAK / RIGHT / PREVILEGES

– Hak menggunakan term ‘Professional Architect’. Sebelum akta ini dipinda hanya perkataan ‘Architect’ shj yg digunakan. Fasal 7(1)(aa)(i)

– Hak menggunakan perkataan ‘Ar’ dihadapan nama, unless your name is Ar Badul, atau yang seumpama dengannya. Fasal 7(1)(bb)

– hak menyediakan perkhidmatan perundingan senibina. Di luar sana ada banyak pihak yang menyediakan khidmat ini dibawah disguise ‘architectural’, tetapi this is a separate matter. Jika anda tergolong didalam kategori ini secara serius, be careful when you are doing your oral exam, it could be tough. Fasal 7(1)(a)

– Hak untuk mengemukakan lukisan plan ke PBT – Fasal 8

– Hak untuk Charge and Collect Professional Fees ( Charge tapi tak collect tak berguna ) termasuk juga hak utk mengemukakan saman (kalau klient degil tak mau bayar) melalui mahkamah – Architect (Scale of Minimum Fees ) Rules 1996. perjanjian perlantikan perlu ditanda tangani. Fasal 7(1)(c)

– The right for professional self regulation – i.e discipline and judgement by own peers unless involve fraud etc.

– Ar. Azman Bilaji –

// //