Peranginan bukit tinggi bernama Bukit Larut yang terletak di Taiping Perak mungkin tidak terkenal seperti Cameron Highland dan Genting Highland. Walaubagaimanapun, Bukit Larut merupakan bukit peranginan yang tertua di Malaysia. Tempat ini telah dibuka 100 tahun dahulu oleh residen British bernama George Maxwell. Berikut beberapa fakta penting mengenai Bukit Larut:-

  • Ketinggian dari paras laut 1250 meter
  • Jalan bertar disediakan selepas tahun 1948
  • Suhu pada waktu siang 15 darjah celcius
  • Kemudahan pengangkutan menggunakan Land Rover oleh Kerajaan Negeri Perak.
  • Kemudahan penginapan disediakan

Jadual perjalanan

Naik :- setiap jam bermula jam 8pagi hingga 3ptg

Turun :- setiap jam bermula 9 pagi hingga 4ptg

Tambang : – Dewasa RM 6, Kanak- Kanak 5-11 tahun RM 3.